Wednesday, 13 February 2013

Slip Disc


Apa itu slipped disc? 

Aku dulu tak pernah mengambil peduli mengenai perkara ini. Slipped disc secara ringkas bermaksud tulang belakang yang “teralih” atau “mengelongsor dari kedudukan asal. Ini disebabkan oleh gel antara tulang yang berfungsi menyerap tekanan telah bocor seterusnya mengakibatkan alihan. Apabila ini terjadi, tulang akan menekan pula saraf-saraf yang mengawal anggota badan seperti kaki, tangan dan leher. Kesakitan melampau menyebabkan anggota badan menjadi kebas pergerakan akan terbatas. Aku terpaksa mengambil ubat tidur setiap hari, itupun cuma dapat melelapkan mata 1-2 jam sahaja. Apabila otot kaki kejang, tiada apa yang dapat menghilangkan kesakitan.
 

Siapa yang akan mendapat slipped disc?
Aku jenis yang bergerak pantas dalam melakukan kerja-kerja rumah mahupun di pejabat. Berlari-lari anak di rumah adalah perkara biasa sehingga aku jatuh tergelincir di rumah.Masa tu tak sakit. Sakitnya hanya muncul seminggu selepas jatuh. Masa tu Allah je yang tahu macam mana sakitnya pinggang aku. Tak boleh bergerak sebab terlalu sakit. Aku ke klinik dan doktor hanya memberiku ubat tahan sakit. Malangnya tidak member kesan langsung dan aku ke Hospital Ampang Puteri.

Cara Rawatan
Dipendekkan cerita, selepas dimasukkan hospital (itupun setelah aku mengalami kesakitan teramat sangat setiap kali membongkok untuk ruku’) dan menjalani MRI, doktor mengesahkan aku mengalami slipped disc dan lebih tepat Accute Anular Tear iaitu koyak pada tisu lembut di L5 aku. Aku dah menjalani Physiotherapy namun sakit hanya berkurang sedikit dan akan datang pada bila-bila masa saja.
Oleh kerana akupun dah tak tahu nak kurangkan sakit since aku juga allergic pada pain killer, aku tahankan jela. After read few testimonial regarding Slip Disc bagi pemakai Premium Beautiful, terdetik kat hati aku untuk cuba memakai Premium Beautiful tersebut.
Dan hasilnya sakit aku berkurangan dan aku telah menjadikan Premium Beautiful sebagai side income aku. Pulangannya tidak mengecawakan aku. Sakit hilang dan dapat menambah pendapatan lagi. Nak tahu macam man caranya kenala contact aku bila-bila masa saja.
Disini aku nak share beberapa ilmu berkenaan slip disc yang kita semua mungkin tidak tahu.
Bergantung kepada tahapnya, slipped disc boleh dirawati melalui 3 kaedah:
1) Physiotherapy – menjalani sesi dengan pakar yang menunjukkan kaedah senaman yang betul untuk menguatkan otot. Ini termasuklah sesi rawatan menggunakan tuala panas pada bahagian sakit.
2) Stereoid – Untuk kesakitan biasa, suntikan stereoid dapat menguatkan otot belakang dan mengurangkan kesakitan
3) Pembedahan – Ini adalah langkah terakhir di mana bahagian tulang dan disc yang terkeluar akan dikikis. Untuk kes yang lebih serius, kepingan besi akan dimasukkan untuk menyokong tulang belakang
Cara Mengelakkan

Berikut ialah cara untuk mengelakkan slipped disc:


Berat Badan

Salah satu faktor penting yang menolong mengelakkan tekanan berlebihan kepada tulang belakang. Pastikan berat badan yang ideal dengan mengikut BMI yang sesuai. Berat badan ideal juga dapat menghindarkan penyakit lain seperti cholestrol tinggi, diabetes dan sakit jantung.
Senaman

Bagi yang bekerja senaman selalunya sukar dilakukan kerana kesuntukan masa. Bebanan kerja di pejabat di samping kerja-kerja dirumah membuatkan kita mengambil ringan tentang perkara ini. Jika tidak cukup masa, pastikan anda membuat senaman ringan seperti regangan setiap kali bangun dari tidur. Selebihnya, cari masa untuk bersukan sekurang-kurangya 2 kali seminggu. Pastikan anda membuat warm up dahulu sebelum memulakan apa-apa aktiviti sukan. Ini akan mengelakkan kecederaan dan menguatkan otot terutamanya di bahagian belakang.


 

Posture

Kebanyakan dari kita tidak mengamalkan posture yang betul terutama semasa bekerja. Pastikan anda tidak membongkok dan bersandar dengan selesa semasa menaip di hadapan komputer. Kecenderungan untuk membongkok akan menyebabkan kesakitan di bahagian bahu, leher dan tulang belakang jika dibiarkan terlalu lama. Ini mungkin akan menyebabkan anda mendapat slipped disc tanpa anda ketahui. Pastikan juga anda meletakkan bantal kecil di bahagian belakang tempat duduk anda dan di dalam kereta. Kurangkan tekanan di bahagian belakang dan bila terasa sakit, pastikan anda bangun dan berjalan-jalan untuk beberapa minit. Elakkan duduk terlalu lama dengan posture yang buruk.



Mengangkat

Jaga posisi badan semasa mengangkat terutamanya barang yang berat. Gunakan teknik yang betul dan jangan membongkok tanpa membengkokkan lutut kerana ini akan menyebabkan tekanan dari berat barang tersebut ditanggung oleh tulang belakang anda. Jika tidak mampu mengangkat, minta pertolongan dan jangan memaksa badan anda hanya untuk kelihatan “macho”. Angkat dengan perlahan dan berhati-hati.
Buat senaman ringkas seperti di bawah setiap pagi. Jika tidak dapat buat kesemuanya, buat 2-3 senaman hari ini, dan teruskan dengan yang lain pada keesokan hari.

 

Semoga mendapat manfaat, slipped disc tidak mungkin dipulihkan 100% tapi kemungkinan untuk bertambah teruk adalah tinggi jika perkara-perkara di atas di abaikan. Dapatkan nasihat doktor sekiranya mengalami simptom sakit belakang sebelum ia melarat.

No comments:

Post a Comment